[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Ayah Juara MotoGP Terkilan Hanya Dapat Tahniah

PETALING JAYA: Ayah penunggang Malaysia, Khairul Idham, Pawi Omar melahirkan rasa terkilan kepada kerajaan ekoran ketiadaan sebarang dana sebagai sokongan terhadap anaknya sepanjang menceburi sukan pemotoran.
Malah, sebaik Khairul muncul sebagai juara kejohanan saingan Grand Prix (GP) Argentina di Termas De Rio Hondo pada Ahad lepas, hanya ucapan `tahniah’ yang diterima daripada pihak kerajaan.
“Perdana Menteri sampaikan tahniah, Menteri Belia dan Sukan pun ucap tahniah. Tetapi hanya ucapan tahniah kami dapat,” katanya.
Menurut Pawi, beliau sebelum ini pernah membuat permohonan kepada banyak pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan untuk mendapatkan dana buat anaknya.
Namun, sepanjang penglibatan anak lelakinya itu dalam sukan pemotoran, mereka sekeluarga mengeluarkan wang sendiri dengan pelaburan yang sangat banyak.
Katanya, sehingga hari ini belum ada sebarang bantuan disalurkan daripada kerajaan walaupun anaknya telah membuktikan potensinya untuk mengharumkan nama Malaysia.
“Saya sangat terkilan dengan keadaan ini, kalau benar kerajaan tidak boleh tolong saya terpaksa bergolok bergadai apa yang kami ada.
“Ada tanah saya terpaksa jual tanah, ada lembu jual lembu. Kerana saya ada perjanjian dengan Khairul Idham (untuk membantu kariernya),” katanya.
Khairul Idham melalui kategori Moto3 mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina di tempat pertama.
Dia yang mewakili Honda merupakan antara pelumba termuda dalam kalangan yang lain berusia 17 tahun dan kemenangan yang dicapai merupakan yang sulung buat pelumba pasukan Honda Asia itu.
Menurut Pawi, beliau berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh menyediakan keperluan anaknya untuk terus maju dalam sukan pemotoran itu.
“Saya berjanji kalau dia bersungguh-sungguh dan buktikan dia boleh berjaya, saya pun akan bersungguh-sungguh cari duit,” jelasnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]