pahangdaily pahangdaily Author
Title: Banduan Lelaki "Mati Di Tikam", Dalam Penjara !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Seorang banduan lelaki maut ditikam oleh dua banduan lain dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Su...

KUALA LUMPUR: Seorang banduan lelaki maut ditikam oleh dua banduan lain dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh di sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 20 tahun itu maut ditikam suspek menggunakan senjata tajam di bahagian belakang badan dalam kejadian pada 12.30 tengah hari.
"Mangsa dimasukkan ke penjara itu atas kesalahan kes culik," katanya dalam satu kenyataan, malam Sabtu.
Mohd Rozi berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan pada Ahad. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top