pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bauksit: Tempoh Moratorium Di Lanjut Tiga Bulan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Kabinet pada Jumaat memutuskan untuk melanjutkan tempoh moratorium ke atas semua aktiviti bauksit di Pahang selama tiga bu...

PUTRAJAYA: Kabinet pada Jumaat memutuskan untuk melanjutkan tempoh moratorium ke atas semua aktiviti bauksit di Pahang selama tiga bulan lagi.
Perkara ini diumumkan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang media di sini, Jumaat.
Tempoh moratorium itu sepatutnya berakhir pada 15 April ini.
Pelanjutan tempoh moratorium itu antara lain bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada yang berjumlah hampir empat juta tan metrik "dikosongkan" atau dieksport.
"Kementerian akan membantu pengeluaran bauksit dan memberi AP (permit eksport) mengikut kapasiti bulanan pelabuhan," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top