pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bayi Maut Di Percayai Akibat Di Hempas Ke Lantai
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEPANG:  Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan pada Jumaat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang bayi p...

SEPANG: Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan pada Jumaat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang bayi perempuan di sebuah pangsapuri di Putra Perdana di sini, Khamis lalu.

Bayi berusia setahun tujuh bulan itu meninggal dunia dipercayai akibat dihempas ke lantai.

Bayi berkenaan pada mulanya telah dihantar ke sebuah klinik swasta, di Putra Perdana pada kira-kira 12 tengah hari Khamis oleh teman lelaki ibunya selepas didakwa tidak sedarkan diri akibat terjatuh di dalam rumah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat di Hospital Serdang pagi Jumaat mendapati punca utama kematian adalah akibat pendarahan di kepala dan pendarahan pada bahagian perut akibat hentakan objek tumpul.

Susulan itu, polis menahan lelaki yang berusia 22 tahun itu serta menahan ibu kandung bayi itu yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Alor Setar, Kedah untuk urusan pengkebumian.

Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sedang menangis untuk mengikut ibunya keluar pergi kerja namun salah seorang daripada suspek berang lalu mendukung dan menghempas bayi itu ke lantai.

Wanita itu dikatakan mengalami masalah rumahtangga dan tidak berhubung dengan suaminya sejak awal 2016 dan mengambil keputusan keluar dari rumah bapa mertuanya di Sungai Buloh untuk tinggal menyewa di Putra Perdana.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali ketika dihubungi pada Jumaay mengesahkan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Advertisement

Post a Comment

 
Top