pahangdaily pahangdaily Author
Title: Beza Politik Tidak Halang Najib Ziarah Haron Din !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang dirawat di Institut J...
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Haron dimasukkan ke IJN minggu lepas setelah mengadu sakit dada.
Sebelum itu, Najib meluangkan masa melawat pemain golf negara Shaaban Hussin yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit kemalangan jalan raya pada Khamis lepas.
“Meluangkan masa menziarahi dan berbual dengan Ustaz Haron Din tadi di Institut Jantung Negara selepas melawat Shaaban Hussin di Hospital Kuala Lumpur.

Sama-sama kita doakan Allah SWT pelihara beliau dan segera sembuh, Insya-Allah,” kata Najib menerusi laman Facebook beliau.
Perdana Menteri turut menyiarkan gambarnya berbual dengan Haron di dalam bilik wadnya di IJN.
Haron sudah beberapa kali menerima rawatan bagi komplikasi jantung di IJN. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top