pahangdaily pahangdaily Author
Title: Di Pecat UMNO, Mahkamah Tolak Rayuan Anina !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi ber...
PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes saman berkaitan pemecatannya daripada parti itu.
Menurut laporan Utusan Online, keputusan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Harmindar Singh Dhaliwal secara sebulat selepas berpuas hati bahawa Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966 adalah undang-undang yang baik untuk diguna pakai.
Merujuk kes Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas, Wong berkata bukan sahaja mereka terikat, malah mereka juga bersetuju dengan taksiran Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, bahawa jelas dari segi undang-undang bahawa keputusan yang dibuat sesebuah parti politik adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar, disemak semula atau dirayu di mana-mana mahkamah.
Sehubungan itu, kuorum itu memutuskan, Mahkamah Tinggi betul ketika membatalkan saman bekas ahli UMNO tersebut.
Dalam pada itu, Wong menetapkan RM10,000 sebagai kos yang akan dibayar oleh perayu.
Pada 7 Disember tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Bala (kini hakim) membenarkan permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Anina dengan kos RM5,000.
Anina dipecat daripada UMNO selepas beliau memfailkan saman pada 8 Ogos tahun lalu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Presiden parti itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top