pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dr Dzulkefly Dakwa Tuan Ibrahim 'Bermegah Diri' !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seorang pemimpin AMANAH hari ini menuduh PAS bermegah diri kerana mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan tunjuk peras...
PETALING JAYA: Seorang pemimpin AMANAH hari ini menuduh PAS bermegah diri kerana mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan tunjuk perasaan rakyat yang membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Sesetengah orang suka bermegah,” kata Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad, yang merujuk kepada kritikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man. Pemimpin kanan PAS itu berpendapat tunjuk perasaan anjuran AMANAH itu telah gagal. Beliau mengajukan kehadiran yang kecil pada hari itu barangkali kerana PAS tidak terlibat sama dalam penganjurannya.
Bercakap kepada FMT, Dzulkefly berkata lebih baik sekiranya PAS berdiam diri kerana parti itu masih belum mengumumkan pendirian semasa mereka tentang GST.
“Kedudukan PAS dalam isu GST tidak menentu,” katanya. “Jika kamu tidak mahu menganjurkan perarakan membantah GST, maka lebih baik jika kamu berdiam-diri.
Beliau turut berdukacita kenyataan sebegitu rupa terbit dari Tuan Ibrahim. Beliau dikenali Dr Dzul sebagai “seorang yang waras dan munasabah.”
Dzulkefly akui kehadiran kali ini lebih kecil berbanding tunjuk perasaan sebelum ini. Beliau berkata cuaca terik dan acara Qingming masyarakat Cina sebagai punca.
“Jumlah orang yang tampil boleh diterima memandangkan cuaca yang menduga dan mencabar,” katanya. “Kebetulan bertembung pula dengan acara Qingming, hari yang penting buat masyarakat Cina untuk menunjukkan rasa hormat pada nenek moyang mereka.”
Dalam kenyataan hari ini, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berterima kasih kepada mereka yang hadir, dengan berkata mereka membuktikan rakyat mahu kerajaan ditukarkan dan GST dimansuhkan.
“Penghargaan tertinggi tentunya kepada puluhan ribu rakyat yang sanggup turun menyatakan bantahan biarpun terpaksa bertahan dalam cuaca panas hampir empat jam,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top