pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ejen Insurans, Di Dakwa Bunuh Wanita 21 Tahun !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JITRA:  Seorang ejen insurans dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas pertuduhan membunuh wanita berumur 21 tahun yang me...

JITRA: Seorang ejen insurans dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas pertuduhan membunuh wanita berumur 21 tahun yang merupakan penyelia sebuah syarikat teksi, pada hujung bulan lepas.
Tertuduh Faiz Mohd Fazli, 42, didakwa membunuh Nurul Syahirah Ishak di sebuah rumah di Taman Gemilang di sini pada kira-kira 1.30 tengah hari, 31 Mac lalu.
Tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizzuddin Ramli dan tiada pengakuan direkodkan daripadanya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mohd Khairul kemudian menetapkan 12 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Savinder dan tertuduh diwakili peguam G. Ravishankar. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top