pahangdaily pahangdaily Author
Title: Empat Gerai Di Pasar Malam Brinchang Terbakar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
CAMERON HIGHLANDS : Tindakan pantas anggota bomba mengawal kebakaran membantu menyelamatkan 12 deretan gerai di tapak pasar malam, Brin...

CAMERON HIGHLANDS: Tindakan pantas anggota bomba mengawal kebakaran membantu menyelamatkan 12 deretan gerai di tapak pasar malam, Brinchang, Cameron Highlands daripada musnah terbakar, petang semalam.

Bagaimanapun, dalam kebakaran kira-kira jam 3.50 petang itu, empat gerai gagal diselamatkan manakala sebuah lagi musnah sebahagian.

Ketua Balai Bomba Cameron Highlands, Muhammad Haziq Hazmi berkata, dalam kejadian itu, pihaknya juga berjaya menyelamatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss daripada rentung.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 3.55 petang sebelum lima anggota bersama jentera dikerah ke lokasi untuk bantuan pemadaman.

“Ketika pihak kami tiba, api sudah marak memusnahkan empat gerai terlibat bagaimanapun operasi pemadaman yang segera dilakukan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke deretan gerai lain.

“Dalam kejadian ini, empat gerai yang menjual cenderamata dan pakaian musnah terbakar bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 5 petang.

“Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top