pahangdaily pahangdaily Author
Title: Laporan WSJ, "Fakta Salah" Sekali Lagi Terbukti !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Pembohongan dan langsung tidak mempedulikan fakta oleh The Wall Street Journals (WSJ) dalam laporannya mengenai Malay...

KUALA LUMPUR: Pembohongan dan langsung tidak mempedulikan fakta oleh The Wall Street Journals (WSJ) dalam laporannya mengenai Malaysia sekali lagi terbukti, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Beliau berkata WSJ yang melaporkan sebagai fakta buat beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20 April dan Tom Wright pada 11 Mac, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu dan beliau dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini dilakukan disebalik tiada pengumuman telah dibuat, dan berdasarkan sumber yang tidak mahu dikenali," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Tengku Sariffuddin berkata Gabenor baharu telah dinamakan hari ini dan beliau ialah Datuk Muhammad Ibrahim, Timbalan Gabenor ketika ini.
Muhammad dilantik sebagai Gabenor yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei, demikian diumumkan Pejabat Perdana Menteri, Rabu.
Muhammad, yang dilantik Timbalan Gabenor sejak 2010, akan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang bersara pada 30 April.
Tengku Sariffuddin berkata malangnya, ramai yang percayakan laporan WSJ kerana mereka tidak sedar bahawa WSJ telah secara sukarela membenarkan ia digunakan sebagai alat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Kempen Anti-Najib, hanya demi untuk tajuk sensasi.
Tanggungjawab paling asas bagi mana-mana wartawan ialah perlu mengesahkan  fakta, lebih-lebih lagi jika dakwaan itu serius dan daripada lawan politik.
Tetapi WSJ berterusan melaporkan pembohongan sebagai fakta daripada sumber tidak mahu dikenali. Mereka mengaibkan bidang kewartawanan. Sepertimana dibuktikan sekali lagi hari ini, rakyat Malaysia tidak boleh percayakan apa-apa sahaja yang mereka katakan," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Thursday, April 28, 2016 12:30:00 AM

Aleutuh nko.......mana najib nak letak dia punya muka dah! WSJ mau disaman......bila lagi nak saman wahai pandikar mapadulung pundek sanrobone?

Anonymous said... Thursday, April 28, 2016 8:55:00 AM

Wsj buat kenyataan tu kerana ada alasan besar yg munasabah yg siregar akan dilantik duduk disitu bago membantu 1mdb,
Wsj dah cium bau awal2 dan sebagai langkah mendahului sebelum berlaku kerosakan lebih teruk maka diwar warkan perkara sebegitu supaya para koruptor dapat penilaian awal dari masyarakat dan pemimpin
Hebahan awal menyebabkan si re gar tidak dilantik disitu maka selamatlah bnm dari satu lagi tangan panjang
Bukan nak kata wsj yg terbaik, memang sesekali ada kesilapan tetapi setakat ni mereka antara yg terbaik membongkar kerosakan yg dilakukan oleh pemimpin negara ini

Anoynimous said... Thursday, April 28, 2016 8:57:00 AM

Terbukakah keeosakan yg dilakukan pemimpin kita hari ino kalau tidak ada pembongkaran awal dari wsj
Sepatutnya sebagai rakyat yg mahulan ketelusan dalam pentadbiran, berterima kasih kepada wsj tak kira siapa pun mereka

 
Top