Fuad Zarkasi: Mahathir Semakin Hilang Pengaruh


KUALA NERUS: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa semakin hilang pengaruhnya, setelah gagal dalam cubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sokongan terhadap Dr Mahathir jelas semakin menurun, kerana tidak ramai yang menghadiri program anjurannya sendiri. 

Sehubungan itu, jelasnya, Dr Mahathir perlu menerima hakikat beliau semakin tidak relevan, kerana beliau masih gagal menggulingkan Najib, selepas fitnah yang disebarkan berhubung derma RM2.6 bilion. 

“Sebelum ini, Tun M (Dr Mahathir) mengaitkan Najib dengan kehilangan dana RM4.2 bilion, namun laporan daripada hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan Najib tidak bersalah. 

“Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion, Menteri Luar Arab Saudi sudah sahkan wang tersebut adalah dana politik. Adakah Tun M akan minta maaf, setelah semua ini terbukti?” 

soal Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Jasa Connectivity (JS) oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, semalam. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Puad dah jadi perasan plak..najib dah mintak mahkamah batal saman sebab takut berdepan dengan mahadir..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]