Gara-Gara 'Langgar Bahu', Pelajar Di Pukul Rakan


BENTONG: Hanya kerana terlanggar bahu, seorang pelajar Tingkatan Tiga cedera di kepalanya setelah dipukul oleh pelajar sebayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pelangai di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor (foto) berkata kejadian 12.20 tengah hari itu berlaku semasa Muhammad Aiman Harun, 15, dalam perjalanan kembali ke kelasnya dari dewan sekolah itu.

"Semasa perjalanan ke kelasnya, mangsa mendakwa dia cuba mengelak daripada melanggar seorang tukang cuci sampah di koridor sekolah tetapi telah terlanggar bahu seorang pelajar lain.

"Sejurus itu, suspek yang juga pelajar Tingkatan Tiga menjadi berang dan bertindak menumbuk mangsa di pipi kirinya," katanya ketika dihubungi.

Mangsa kemudian terjatuh dan cedera di kepalanya hingga terpaksa dijahit di Klinik Kesihatan Pelangai.

Mohamad Mansor berkata suspek akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan sengaja. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]