pahangdaily pahangdaily Author
Title: Halang Tugas Polis, Adun PKR Terpaksa Di Tahan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KANGAR:  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan, Chan Ming Kai yang didakwa menghalang tugas polis di Taman Jaya Diri di si...

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan, Chan Ming Kai yang didakwa menghalang tugas polis di Taman Jaya Diri di sini, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kangar pukul 9.30 pagi Rabu.
Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan perumahan itu serta menghalang anggota polis melakukan kawalan keselamatan.
Ming Kai yang dihubungi Bernama berkata beliau membuat bantahan itu kerana mendakwa syarikat Perlis Comm Sdn Bhd yang mendapat tender kerja tersebut tidak memiliki permit khas dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis walaupun mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
Ketua Polis Daerah Kangar DSP Wari Kiew mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top