pahangdaily pahangdaily Author
Title: Halimah Nafi 'Terlibat Komplot' Jatuhkan Khaled !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BHARU:  Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique menafikan beliau an...

JOHOR BHARU: Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique menafikan beliau antara timbalan menteri dari Johor yang didakwa terbabit dalam gerakan menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Halimah berkata beliau tidak faham bagaimana timbulnya 'cerita-cerita' tidak betul itu sekali gus menyifatkan ia sebagai tindakan yang sengaja mahu mengelirukan rakyat Johor.

"Saya hendak jelaskan, cerita tentang gerakan mahu menjatuhkan Mohamed Khaled adalah cerita tidak betul.

"Kami timbalan-timbalan menteri yang bekerja di Kuala Lumpur membawa mandat rakyat Johor kepada Kerajaan Persekutuan.

"Kami setia kepada Sultan Johor dan negeri Johor. Kenapa timbul langau-langau yang hendak mengelirukan rakyat dan sengaja mencetuskan perbalahan," katanya.

Anggota Parlimen Tenggara itu bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran skim perumahan mampu milik swasta (MyHome) Bandar Dato' Onn, di sini pada Selasa.

Laporan baru-baru ini menyebut terdapat gerakan diketuai seorang individu untuk menukar Mohamed Khaled sebagai Menteri Besar.

Halimah berkata kepimpinan Mohamed Khaled di Johor dapat dinilai menerusi pelbagai perubahan dan kemajuan yang dicapai negeri ini.

Katanya, segala pembangunan yang dirancang kerajaan negeri di bawah kepimpinan Mohamed Khaled merupakan agenda rakyat dan memahami aspirasi rakyat.

"Jadi, kepada rakyat Johor, janganlah percaya cerita-cerita fitnah ini yang sengaja digerakkan untuk memecah-belahkan perpaduan bangsa Johor," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top