pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ibu Rayu Bantuan, Bantu Anak Sakit Barah Otak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Luluh hati seorang ibu apabila hanya mampu menangis setiap kali anaknya mengadu sakit tetapi tidak mampu berbuat apa-apa mela...

KUANTAN: Luluh hati seorang ibu apabila hanya mampu menangis setiap kali anaknya mengadu sakit tetapi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan membelai anaknya dan disuruh sabar serta bertenang.

Asimah Abu Bakar, 38 berkata, sejak setahun lalu anaknya, Muhammad Amirul Mat Zaki,7 disahkan doktor mengidap barah otak namun masih di peringkat permulaan yang memerlukan Muhammad Amirul bergantung kepada ubat dan kimoterapi.

Menurutnya, rutin harian mereka dua beranak  sejak dua tahun lalu adalah menaiki bas untuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menerima rawatan, bagaimanapun jika keadaan anaknya teruk ambulans akan datang ke rumah seterusnya membawa Muhammad Amirul segera ke hospital.

“Sejak berpisah dengan suami dua tahun lalu, sayalah ibu dan ayah kepada Muhammad Amirul dan kini terpaksa berniaga kecil-kecilan di depan rumah menjual air dengan pendapatan tidak seberapa.

“Dia juga jarang pergi ke sekolah kerana cikgu juga tidak mahu tanggung risiko jika Muhammad Amirul menunjukkan tanda-tanda tidak sihat. Jika pergi ke sekolah sekalipun, saya akan datang pada waktu rehat untuk melihat keadaan anak saya ini,” katanya.

Muhammad Amirul merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Beserah.

Asimah yang tinggal di Kampung Rumbia dekat sini berkata, dia juga kini dalam proses untuk mendapatkan kad orang kurang upaya (OKU) untuk anaknya itu apabila dikatakan mempunyai masalah lembam.

“Doktor sendiri sahkan anak saya ini tidak normal seperti kanak-kanak yang lain.Di sekolah juga dia tidak boleh bercakap dengan jelas apatah lagi membaca dan menulis. Sekurang-kurangnya dengan ada kad OKU itu, saya boleh menghantarnya ke pusat dalam komuniti (PDK) untuk belajar,” katanya.

Muhammad Amirul turut mendapat bantuan Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) sebanyak RM300 sebulan, namun hanya mencukupi untuk belanja lampin pakai buang dan kos berulang alik ke hospital.

Asimah yang tinggal bersama seorang lagi anak perempuannya Siti Normala Huda Natasya Muhammad Fuad, 19 bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM15 sehari turut bersengkang mata menjadi Muhammad Amirul setiap malam kerana bimbang diserang sawan.

“Setiap malam,tidur kami tiga beranak tidak pernah lena kerana bila-bila masa sahaja Muhammad Amirul akan kejang dan diserang sawan. Jika lambat dibantu, bimbang perkara lain akan berlaku.

“Pernah ada saranan untuk membawa anak saya ini berubat di Hospital Kuala Lumpur,tetapi faktor jarak ditambah dengan faktor kewangan, saya teruskan rawatan di HTAA sahaja walaupun peratus untuk dia sembuh tipis,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menyalurkan bantuan ke Akaun Bank Rakyat milik Asimah (22-100-115408-2). #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top