pahangdaily pahangdaily Author
Title: ISMA Bidas PAS, Cadangan Kahwin Bawah Umur !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman menolak cadangan kanak-kanak berusia 16 tahun berkahw...
PETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman menolak cadangan kanak-kanak berusia 16 tahun berkahwin untuk elak hubungan seks bebas dan luar nikah kerana dianggap tidak sesuai di negara ini.
“Tidak ada masalah dari sudut hukum, cuma dalam realiti negara kita, umur 16 tahun terlalu muda untuk pikul beban tanggungjawab rumah tangga dari sudut nafkah, pendidikan anak dan tanggungjawab sosial yang lain. Pada usia itu mereka juga tidak akan memiliki pekerjaan yang terjamin” katanya.
Abdullah Zaik berkata demikian membidas cadangan Ahli Parlimen PAS, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad bahawa kanak-kanak di bawah umur dibenarkan berkahwin bagi mengelak hubungan seks bebas dan di luar nikah oleh remaja yang ‘berkeinginan’.
Malah, Abdullah Zaik turut bimbang akan berlaku lebih banyak masalah sosio-ekonomi yang lain sekiranya cadangan itu dibenarkan.
Oleh itu, dia mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan, tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya tidak terjebak dengan maksiat.
Selasa lepas, Mazian ketika berbahas di Dewan Rakyat mencadangkan bahawa kanak-kanak di bawah umur dibenarkan berkahwin untuk mengelakkan hubungan seks bebas dan di luar nikah.
Cadangan itu dibuat, bagi lelaki berumur 18 tahun, manakala 16 tahun untuk kanak-kanak perempuan untuk rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun cadangan segera dibantah wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching, dengan menjelaskan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur merupakan jenayah rogol statutori, dan tidak sepatutnya dikambus dengan pernikahan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

mfi usj said... Friday, April 08, 2016 8:57:00 PM

Hj hadi nak tambah satu lagi kot anak dara sunti.........dakpe tu nanti kita cari fatwa musti ikut.

Anonymous said... Friday, April 08, 2016 9:47:00 PM

Apa maksud akil baligh. Aku x faham

 
Top