pahangdaily pahangdaily Author
Title: RM2.6 Bilion, Tun Perlu Minta Maaf Kepada Najib !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA BHARU:  Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ...

KOTA BHARU: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia berikutan dakwaan dilemparkan berhubung derma RM2.6 bilion, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata Najib amat konsisten dengan jawapan beliau terhadap isu berkenaan walaupun pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepadanya.
"Sejak dari mula lagi Perdana Menteri telah katakan bahawa dana tersebut disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi dan beliau amat konsisten (dengan jawapan beliau)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Siswa Perdana 2016 Parlimen Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok di sini, Sabtu.
Turut hadir Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dan program selama lima hari itu disertai lebih 800 pelajar daripada 18 universiti awam.
Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir semalam mengesahkan bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib datang daripada negaranya dan "tidak mengharapkan apa-apa balasan".
Salleh berkata perakuan itu sekaligus mengesahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang meneliti penyiasatan tersebut bahawa tiada unsur-unsur rasuah dan wang itu bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sekarang dengan adanya kenyataan sedemikian, Tun Mahathir harus meminta maaf kepada perdana menteri dan rakyat Malaysia atas perbuatan yang beliau lakukan sehinggakan negara kita dilihat secara negatif oleh pihak-pihak tertentu.
"Sepatutnya kita tumpukan perhatian kita untuk memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk menangani isu-isu semasa khususnya dalam isu ekonomi, itu yang amat penting," katanya.
Ditanya mengenai debat terbuka antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung isu penjualan tanah Taman Manggis, beliau berkata kedua-dua pihak perlu menghormati saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.
"Ketua Polis Negara menasihatkan agar perbahasan itu dibatalkan kerana akan mengganggu siasatan, dan seharusnya mereka perlu menghormati apa yang telah disarankan," katanya.
Pada 6 April lepas, Abdul Rahman mencabar Lim berdebat secara terbuka berhubung isu berkenaan dan cabaran itu disahut Setiausaha Agung DAP itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, April 17, 2016 6:02:00 AM

Tahun lepas ada berita Kementerian Arab Saudi sahkan dana 2.6 billion dari pelabor warga arab saudi..Putrajaya sahkan pulak derma anak raja arab saudi 1.6 billion..ape sebenarnye kedudukan derma untuk najib..najib boleh saman WSJ..jangan tunggu selasa..

Anonymous said... Sunday, April 17, 2016 6:14:00 AM

http://mountdweller88.blogspot.my/2016/04/salleh-gesa-mahathir-mohon-maaf-laporan.html?m=1

Anoynimous said... Sunday, April 17, 2016 1:39:00 PM

Jilaaat jangan tak jilat
Jilaaaat bagi licin
Ayam dalam kandang apalagi nak telan, bagi dedak dedak dia sapu bagi lendir pun dia patuk juga
Kesiaaan

Anoynimous said... Sunday, April 17, 2016 1:44:00 PM

Kesiaaaannn pakai lawa harta banyak, rumah mewah kereta besar tapi akal sebu habissss

 
Top