pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jabatan Keadilan Amerika Akan Menyiasat 1MDB
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan berada di negara ini untuk berjumpa dengan beberapa individu dalam...

KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan berada di negara ini untuk berjumpa dengan beberapa individu dalam siasatan mereka ke atas 1MDB, lapor Reuters yang memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan.
Ini susulan selepas laporan Sarawak Report mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memohon perintah ekstradisi ke atas seorang individu yang ditahan di Abu Dhabi berkaitan dengan penyiasatan ke atas 1MDB.
Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk mendapatkan pengesahan.
Skandal 1MDB kini disiasat oleh pihak berkuasa di Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.
Adalah tidak jelas tempoh pegawai Amerika itu berada di Kuala Lumpur atau jika mereka telah meninggalkan negara ini, kata Reuters yang memetik sumber yang tidak mahu dikenal pasti kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan media.
Sekumpulan peguam yang mewakili Deutsche Bank juga berada di ibu negara kota bagi menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Jabatan Keadilan Amerika, kata salah satu sumber kepada agensi berita itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB - sebuah firma pelaburan milik penuh kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2009.
Sebelum ini, laporan media antarabangsa mendedahkan AS$1 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank Najib manakala sekurang-kurangnya AS$15 juta dibelanjakan untuk membeli barangan mewah dan percutian.
Deustche Bank pada 2014 telah meminjamkan 1MDB sebanyak AS$975 juta. Pinjaman itu telah dilunaskan pada tahun lalu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, April 01, 2016 8:36:00 PM

Eeh!ini campor tangan kerajaan asing.kenapa umno tak bantah.biasanye riuh rendah marah ,Anifah aman akan panggil duta kerajaan asing bagi nota bantahan.tak aman musa macam ni.adakah 1mdb telah lakukan jenayah di amerika?

Anonymous said... Friday, April 01, 2016 10:04:00 PM

Ade sesiapa boleh bagi tau ape hal 1mdb nak disiasat oleh kerajaan amerika..bukankah najib begitu rapat dengan berek obama.geng2 dedak cer tolong citer.nak buat penyelidakan bukan senang.atau ketua penerangan umno boleh terangkan sikit.ahli2 umno pun mungkin nak tau jugak keadaan semasa.

Anonymous said... Friday, April 01, 2016 10:42:00 PM

http://tukartiub.blogspot.my/2016/04/laporan-ajensi-berita-kapir.html?m=1&zx=b3ee579ece877b18

Anonymous said... Saturday, April 02, 2016 1:14:00 AM

Aah!!makin pening laporan media asing duit dah tambah jadi 4.2 bil dari 2.6 bil.,derma anak raja arab 1.6 bil saja(ABC).yg lebih tu datang dari mana pulak? Dah kasi balik kata peguam negara yg baru 2.03 bil jadi lebih dari yg diberikan anak raje arab.pusing kepala aku nak buat penyelidikan.ini gara2 wsj lah lapor berperingkat2

Anonymous said... Saturday, April 02, 2016 11:56:00 AM

Geng Baju Merah mana?????? kah..kah...kah... tak berani nak heboh nanti orang kampung tau laaaa.....

Anonymous said... Saturday, April 02, 2016 2:03:00 PM

Geng baju merah agaknye sedang bagi lembu2 makan dedak kenyang2 supaya duduk diam2.jangan campor hal orang2 tua..ha3

NAA ZAR said... Saturday, April 02, 2016 3:14:00 PM

Versi WSJ- RM2.6 BIL
Versi ABC- RM4.2 BIL
Versi Apandi- RM2.03 BIL dah bagi balek
Versi SPRM- DERMA PUTERA ARAB SAUDI
Versi ZAHID- RAMAI PENDERMA
Versi PM- SAYA TAK GUNA DUIT RAKYAT
Haduyyyaaaai- PONING KOPALO DEN !!!

Anonymous said... Sunday, April 03, 2016 9:20:00 AM

Tak ada respons dari geng kita yg makan dedak.baru ni semangat sangat.bila ABC dedahkan 1.6 billion datang dari anak raja arab,cepat kilat putrajaya sahkan.yg dipulangkan yg disahkan peguam negara melebihi dari yg diterima.ada percanggahan. Peguam negara kena sahkan semula dari mana datangnye 2.6 bil.wsj dakwa datang dari Tanore finance yg tidak sebutkan siapa yg hulurkan.

 
Top