pahangdaily pahangdaily Author
Title: JAS: Sungai Di Kuantan Di Penuhi Bakteria E.coli
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Keputusan ujian sampel air Sungai Nyior di perumahan Balok Baru di sini, yang dikeluarkan pada 13 April lepas, menunjukkan s...

KUANTAN: Keputusan ujian sampel air Sungai Nyior di perumahan Balok Baru di sini, yang dikeluarkan pada 13 April lepas, menunjukkan sungai itu dicemari dengan kandungan E. coli yang tinggi.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul berkata faktor kandungan bakteria itu berada dalam air sungai selalunya disebabkan pelepasan sisa loji kumbahan manusia ataupun sisa najis daripada ladang ternakan haiwan.
"Kita sedang membuat siasatan terperinci terhadap loji kumbahan atau pusat ternakan haiwan yang berkaitan dalam kes ini," katanya  semalam.
Rosli berkata JAS Pahang tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak selagi siasatan belum selesai memandangkan hasil penilaian awal pihaknya juga mendapati terdapat kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan sisa tercemar itu pada waktu tengah malam tanpa disedari orang ramai.

"Kemungkinan sisa dalam tangki dibawa dengan pengangkutan dan kemudian dilepaskan ke dalam sungai ini pada waktu malam ... pihak kita perlukan masa untuk mencari bukti ini.
"Jika dilihat, tiada aktiviti berpotensi yang boleh menyebabkan pencemaran seperti kawasan perindustrian dekat sungai ini.
"Sehubungan itu, kita memerlukan bukti saintifik untuk tahu punca sungai ini tercemar dengan E. coli," katanya.
Mengenai keadaan semasa sungai itu, Rosli berkata sungai berkenaan sudah kembali bersih dan cantik seperti sedia kala berdasarkan pemerhatiannya pada 9 April lepas.
Media melaporkan Sungai Nyior bertukar menjadi hitam berlaku pada pertengahan Mac lepas. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top