pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kedai Baru Tutup, Tiba-Tiba Terbakar Di Kuantan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Baru empat jam tutup kedai, Mokhtar Isa, 57, dikejutkan dengan kebakaran di kedai makannya di Medan Warisan yang memusnahkan b...

KUANTAN: Baru empat jam tutup kedai, Mokhtar Isa, 57, dikejutkan dengan kebakaran di kedai makannya di Medan Warisan yang memusnahkan bilik simpanan barang dan bekalan makanan.

Menurutnya, kejadian disedari pekerjanya yang tinggal berhadapan premis itu dan ternampak percikan api dari belakang kedai.

“Ketika itu masih awal lagi kira-kira jam 7 pagi, pekerja saya sempat selamatkan beberapa barang di kedai dan memadamkan kebakaran sebelum bomba sampai.

“Saya bersyukur kerana kebakaran tidak merebak ke seluruh kedai dan reda bilik simpanan barang dan bekalan makanan hangus sekelip mata,” katanya.

Mokhtar yang baru setahun membuka perniagaan kedai masakan panas di sini bagaimanapun tidak berputus asa dan akan memulakan semula perniagaan hari ini.

“Bayangkan saya habis berniaga semalam jam 3.30 pagi, pukul 7 pagi saya dimaklumkan kedai terbakar. Terasa seperti mimpi juga kerana sebelum tutup kedai saya dah pastikan semua suis dah dipadam.

“Bagaimanapun, saya, keluarga dan pekerja selamat dan kami bergotong-royong membersihkan semula kedai ini untuk beroperasi semula nanti,” katanya yang menganggarkan kerugian lebih kurang RM6,000. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top