Kekerasan Polis "Punca Kematian" Dharmendran


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati penggunaan kekerasan fizikal oleh pihak polis antara punca kematian tahanan N Dharmendran pada 2013.
Pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam semasa menyerahkan dapatan siasatan berhubung kematian Dharmendran semasa dalam tahanan polis berkata, anggota polis turut didapati membuat catatan palsu dalam diari lokap dan mengubah masa kemasukan.
"Suruhanjaya mendapati kematian N. Dharmendran pada 21 Mei 2013 disebabkan penggunaan kekerasan oleh pihak polis.
"Bukti pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa pada 22 Mei 2013 mendedahkan punca kematian disebabkan 'diffuse soft tissue due to multiple blunt force trauma'," kata Yaacob dalam sidang media di sini, Khamis.
Beliau berkata terdapat 52 kesan lebam ditemui di badan mangsa yang disebabkan objek tumpul yang menyumbang kepada kehilangan banyak darah sehingga menyebabkan kejutan hypovolemic.
Menurut Yaacob, dawai kokot yang tertanam di kedua-dua telinga Dharmendran yang dipercayai dilakukan semasa mangsa masih hidup turut ditemui. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]