Isu Tangan: Rafizi Cabar IGP Tanding Pilihanraya !


KUALA LUMPUR: Isu sama ada pemimpin PKR Rafizi Ramli diarah meletakkan tangan di belakang ketika dalam tahanan polis terus berpanjangan.
Selepas sahaja dibebaskan dengan ikat jamin, setiausaha agung PKR itu terus mencabar Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanding dengannya jika mahu bermain politik.
“Kalau IGP nak main politik mari bertanding di Pandan,” tulis anggota parlimen Pandan di Twitter.
Tegas naib presiden PKR itu lagi, tindakan beliau meletakkan tangan di belakang seolah-olah seperti digari adalah sebahagian standard operasi piawai (SOP).
Malah, Rafizi berkata arahan tersebut dibuat pegawai terlibat di hadapan peguamnya Saiful Izham Ramli.
“Arahan untuk letak tangan di belakang adalah budi bicara pegawai (polis) dan ia dibuat di hadapan peguam saya,” tulisnya.
Justeru, Rafizi berkata beliau akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap Khalid atau tidak.
Sebelum ini beberapa keping gambar beredar di media sosial yang menuduh Rafizi berlakon seperti digari ketika diiring polis.
Saiful mendakwa Rafizi diminta meletakkan tangan di belakang sebagai sebahagian SOP bagi membataskan pergerakan.
Khalid sebelum ini menyifatkan dakwaan itu sebagai “cerita dongeng”.
Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Pencacai umno bersungguh2 kutuk rafizi berlakon.rupenye ramai tak tahu SOP polis tapi berlagak tahu.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]