pahangdaily pahangdaily Author
Title: Khairul Idham "Mengganas" Sejak Usia 14 Tahun !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Seawal usia 14 tahun, Khairul Idham Pawi sebenarnya sudah memberi amaran bahawa kehadirannya dalam saingan dunia pemot...

PETALING JAYA: Seawal usia 14 tahun, Khairul Idham Pawi sebenarnya sudah memberi amaran bahawa kehadirannya dalam saingan dunia pemotoran bukan sekadar angan-angan kosong.
Pertama kali menyertai perlumbaan motosikal dengan berlumba pada Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas, kategori Wira dengan menduduki tangga ke-11 keseluruhannya pada tahun 2012.

Sejak itu, pelumba muda kelahiran Kampung Gajah, Perak tidak menoleh ke belakang dan tanpa jemu berusaha untuk menguasai kedudukan terbaik dalam setiap perlumbaan yang disertainya.

Malah pada Mac 2012, Khairul Idham antara 26 remaja yang terpilih bagi mengikuti pemilihan bersama Akademi Perlumbaan Honda anjuran Boon Siew Honda Sdn Bhd bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Tidak hairanlah jika Khairul Idham mengambil masa yang singkat untuk berjaya memandang dia menerima pendedahan asas teknik perlumbaan daripada Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dan juara Suzuka 4-hour Endurance  2011, Mohd Emir Firdaus Hasan ketika menyertai akademi itu.
Setahun selepas bejinak-jinak dengan Cub Prix, Khairul Idham terus mencatat keputusan memberangsangkan untuk berada di tempat ke-7 keseluruhan.
Tahun 2014 dianggap tahun bertuah buat Khairul Idham apabila meraih kejuaraan berganda dan membuat kejutan dengan menjuarai perlumbaan Asia Dream Cup (ADC) pada Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) dan merangkul trofi juara perlumbaan Cup Prix Wira.
Sebelum itu, pada penampilan sulung ADC, Khairul Idham meraih kedudukan keempat.

Penampilan berani Khairul Idham yang ketika itu berusia 16 tahun memberikannya peluang untuk menyertai Program Pembangunan bersama Honda Team Asia sekaligus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pelumba Honda.

Dengan itu, impinnya untuk bergelar pelumba dunia semakin cerah apabila juara ADC itu telah menandatangani kontrak baharu bersama Boon Siew Honda Sdn Bhd yang menyaksikan Khairul Idham akan meneruskan karier perlumbaan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa bersama jenama pengeluar motosikal dari Jepun itu sehingga tahun 2019.
Tarikh lahir: 20 September 1998

Asal: Kampung Gajah, Perak

Pasukan: Honda
Karier

2012 - Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas, kategori WIRA - ke-11

2013 - Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas, kategori WIRA - ke-7

2014 - Asia Dream Cup - ke-4

2014 - Juara Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas, kategori WIRA

2014 - Juara Asia Dream Cup

2015- Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV Repsol FIM 2015 - ke-6


Keputusan cemerlang dalam aksi ADC memboleh Khairul Idham berlumba pada Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV Repsol FIM 2015 dengan berjaya meraih tiga podium iaitu ketika muncul naib juara di Le Mans dan Perlumbaan 1 di Barcelona serta kedudukan ketiga pada Perlumbaan 2.

Permulaan baik Khairul Idham di pentas dunia membuatkan dia berjaya meraih wildcard daripada pasukannya, Honda Team Asia untuk beraksi dalam kategori Moto3 Grand Prix Dunia pusingan ke-14 di Litar Motorland, Aragon, Sepanyol September tahun lalu.

Pelumba berusia 18 tahun ini terus mencuri tumpuan selepas menyertai musim penuh perlumbaan Moto3 tahun ini bermula di Litar Losail, Qatar dengan meraih kedudukan ke-22.

Bagaimanapun, pada pusingan kedua kejuaraan Moto3 yang berlangsung di Argentina pada Ahad melakar rekod baharu sukan motoran tanah air apabila dengan bangganya pelumba muda yang sentiasa tenang itu berjaya mengibar bendera Malaysia dan lagu 'Negaraku' berkumandang di Litar Termas de Rio Honda.

Khairul Idham mencatat masa terpantas 41 minit 35.452 saat ketika aksi di Litar Termas de Rio Hondo itu, 26 saat meninggalkan pelumba Sepanyol, Navarro (Estrella Galicia 0.0) serta Brad Binder (Red Bull KTM Ajo), 42m 5.791s.Khairul Idham kini berada di kedudukan keempat keseluruhan pelumba dunia dengan meraih 25 mata. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top