Khairul Lakar Sejarah, Juarai Moto3 GP Argentina


KUALA LUMPUR: Penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi melakar sejarah buat Malaysia apabila memenangi kejuaraan pertama sepanjang kerjaya apabila menjuarai Moto3 saingan Grand Prix (GP) Argentina pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia).



Khairul, 17  yang mewakili Honda muncul pelumba pertama negara menaiki podium kejuaraan motosikal dunia selepas mendominasi saingan perlumban itu.



Beliau menguasai perlumbaan di atas trek basah dengan kelebihan 26 saat, mengatasi rakan sepasukan Honda, Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Afrika Selatan mewakili pasukan KTM, Brad Binder.


Pelumba Honda Team Asia itu yang bermula di petak ketujuh, mempamer tunggangan bergaya apabila mendominasi saingan sejak awal perlumbaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]