[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



KPN: OSA, Rafizi Di Tahan Sebaik Keluar Parlimen


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ditahan polis sejurus keluar Parlimen selepas sesi persidangan Dewan Rakyat pada petang Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tweet beliau mengesahkan penahanan itu mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"@PDRMsia sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini pihaknya masih mendapatkan maklumat berhubung penahanan Naib Presiden serta Setiausaha Agung parti itu.
"Peguam Rafizi juga sedang berusaha mengesahkan lokasi beliau berada pada waktu ini," katanya menerusi kenyataan ringkas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin turut menyampaikan maklumat sama menerusi aplikasi WhatsApp.
"Dimaklumkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan polis sebaik saja keluar dari Parlimen sebentar tadi.
"Menurut maklumat beliau akan dibawa ke Bukit Aman," katanya.
Pada Isnin, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi kenyataanya memaklumkan pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, langkah itu diambil kerana jelas tuntutan yang dibuat Rafizi adalah fitnah dan berniat jahat serta bertujuan untuk memusnahkan reputasi baik serta kredibiliti LTAT. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]