[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



KPN Sahkan Rafizi Tidak Di Gari Ketika Di Tahan !


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tidak digari sepanjang tempoh beliau ditahan.
"Hentikan tuduhan," kata Khalid melalui akaun Twitter rasminya @KBAB51 pada Khamis.
Khalid mengulas komen media sosial yang bersimpati dengan Rafizi yang juga naib presiden PKR, apabila hadir di mahkamah dengan tangannya "digari" ke belakang pada Khamis.

Rafizi turut tersenyum sambil berjalan dengan kedua-dua tangan di belakangnya seolah-olah telah digari oleh anggota polis yang mengiringinya dari kenderaan ke bilik mahkamah.
Rafizi ditahan di depan pintu Parlimen pada 6:20 petang Selasa untuk siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). #sumber
Rafizi kini direman sehingga Jumaat.

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]