Laporan PAC "Patut Bebaskan 1MDB" Dari Fitnah

PETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seharusnya membebaskan syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada fitnah kerana ia dibuat secara profesional.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata laporan itu bukan sahaja dikeluarkan wakil kerajaan malah lima ahli parlimen pembangkang turut terlibat sama.
Sehubungan itu, katanya, perakuan PAC perlu diambil perhatian oleh pengurusan, kerajaan dan agensi yang berwajib.
“Namun tidak dinafikan, seperti mana mana syarikat perniagaan lain, berkemungkinan berlaku masalah urus tadbir dan urus niaga.
“Namun, ia sama sekali tidak harus dikaitkan dengan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mustahil terlibat dalam operasi syarikat,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, PAC mengumumkan hasil siasatan terhadap pengurusan tadbir urus 1MDB menunjukkan tiada salah laku jenayah dalam syarikat itu.
PAC juga mendedahkan syarikat itu menanggung hutang sebanyak RM50 billion.
PAC mengakui bahawa 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus yang dijelaskan dengan terperinci dalam laporan tersebut antaranya, struktur modal 1MDB terlalu bergantung kepada penggunaan hutang.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, syor Perdana Menteri tidak perlu terlibat dalam Lembaga Penasihat 1MDB juga wajar diberi perhatian.
Katanya, penyusunan tata kelola 1MDB wajib dibuat serta kaedah pemantauan lebih ketat juga harus laksanakan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]