pahangdaily pahangdaily Author
Title: Laporan PAC, Tony Pua Tak Patut Berdolak-Dalik !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua kini berdolak-dalik dan mempersoalkan laporan PAC mengenai 1Mala...

KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua kini berdolak-dalik dan mempersoalkan laporan PAC mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas beliau menandatangani laporan itu tanpa ragu-ragu, kata 1MDB.

Dalam kenyataan di sini pada Jumaat, 1MDB menyatakan rasa terkejut dengan komen  Pua bahawa beliau hanya berpuas hati '80 peratus' dengan laporan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

"1MDB telah memberikan semua dokumen dalam pemilikannya kepada Jabatan Audit Negara (JAN).

"Ia juga telah menjelaskan kepada JAN kenapa dokumen-dokumen lain tidak dapat diperoleh. YB Tony tahu ini semua namun tetap terus mengitar semula kenyataannya," katanya.

"PAC telah meminta agensi penguat kuasa relevan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. YB Tony perlu menghormati keputusan kolektif PAC, menghentikan politik retorik dan membenarkan pihak berkuasa undang-undang melakukan kerja mereka," katanya.

Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB kerana, masih terdapat banyak perkara yang belum selesai dengan syarikat itu kerana 1MDB masih belum menyerahkan semua dokumen yang diminta.

PAC dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top