Lebih 20,000 Hadiri Ceramah Zakir Naik Di UTEM !

MELAKA: Lebih 20,000 orang menghadiri syarahan penceramah dari India, Dr Zakir Naik yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), malam tadi.
Pendakwah terkenal itu telah mengadakan empat ceramah di Terengganu dan satu di Kuala Lumpur, selepas beliau tiba di negara ini pada 9 April lalu.
Orang ramai mula tiba di UTEM kira-kira jam 5 petang untuk menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan penganjur, sebelum Dr Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk ‘Islam – Problems and Solutions to Humanity’ (Islam – Masalah dan Penyelesaian terhadap Kemanusiaan) kira-kira jam 8.30 malam.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, anggota Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan barisan exco kerajaan negeri.
Idris dalam ucapannya berkata, tajuk syarahan itu dipilih bagi melihat kepada cabaran yang dihadapi kemanusiaan melibatkan kepelbagaian bangsa dan agama.
“Dugaan yang dihadapi manusia merangkumi masalah kelaparan di beberapa bahagian dunia, akibat rasuah dan pengurusan sumber yang lemah.
“Di samping penyakit yang boleh membawa maut, serta peperangan akibat perselisihan ideologi politik dan agama,” katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]