Maahad Tahfiz Darul Fikri Di Kuantan Perlu Dana !


KUANTAN: Sekurang-kurangnya RM400,000 diperlukan bagi membina Maahad Tahfiz Darul Fikri, di Kampung Seri Damai di sini yang kini dalam proses pembinaan.

Pengurus Mahaad itu, Rosli Jabbar berkata, sekolah yang dibina di atas tanah seluas 0.8 hektar itu dijangka mampu menampung kira-kira 80 pelajar.

“Kita akan membina enam kelas dan dua rumah guru yang menyelia pelajar di sekolah agama tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Seri Damai di sini, baru-baru ini.

Katanya, bangunan sekolah itu kini sudah 35 peratus pembinaannya, namun memerlukan dana bagi membolehkan kantin, rumah guru dan kelas disiapkan.

Menurutnya, setakat ini pihaknya berjaya mengumpul RM50,000 tetapi masih memerlukan lebih RM350,000 bagi menampung keseluruhan pembinaan.

“Kami harap orang ramai sudi salur dana supaya satu pusat pengajian agama dapat diwujudkan di daerah ini,” katanya.

Pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bahan binaan seperti pasir, simen, batu bata, kayu atap, jubin dan sebagainya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]