[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Majlis Syura ISMA 'Setuju' UMNO & PAS Bersatu !

PETALING JAYA: Majlis Syura Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) menyokong pendapat penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik apabila menyatakan UMNO dan PAS perlu mewujudkan kerajaan campuran demi kebaikan negara.
Yang Dipertua Majlis Syura ISMA, Sharipuddin Ab Kadir (foto) berkata, permuafakatan itu tidak seharusnya terhad kepada UMNO dan PAS, sebaliknya ia perlu melibatkan seluruh parti Melayu dan juga bumiputera di negara ini.
“Sepatutnya bukan setakat UMNO dan PAS sahaja tetapi pemuafakatan ini perlu melibatkan seluruh parti Melayu dan Bumiputera di Malaysia.
“Musuh Islam dalam dan luar negara memang tidak suka melihat Melayu bersatu dan bersepakat terutamanya dalam perkara yang menjadi kepentingan utama agama bangsa dan negara,” katanya seperti dilapor laman portal Ismaweb.
Semalam, Dr Zakir menyatakan kerajaan campuran antara UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia sebagai usaha memacu negara lebih maju serta mengukuhkan Islam.
Mengulas lanjut, Sharipuddin turut menjelaskan mereka yang tidak suka kepada permuafakatan, merupakan tergolong dalam kelompok yang tidak suka melihat Melayu Islam bersatu di Malaysia.
“Musuh Islam dalam dan luar negara memang tidak suka melihat Melayu bersatu dan bersepakat terutamanya dalam perkara yang menjadi kepentingan utama agama bangsa dan negara,” ujarnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]