Nawawi: Isu 1MDB, 'Siasatan PAC' Komprehensif !


KUALA LUMPUR: Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah komprehensif dan dikendalikan jawatankuasa yang seimbang di bawah bidang kuasa Parlimen.
Anggota PAC Datuk Nawawi Ahmad berkata pembentangan laporan mengenainya juga merupakan satu proses demokrasi tertinggi yang menggambarkan ketelusan integriti Parlimen Malaysia.
"Jawatankuasa (PAC) dianggotai Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang ini sudahpun sebulat suara, tiada wang atau dana dilaporkan hilang.
"Ia juga merumuskan secara bersama, tiada elemen jenayah atau penyalahgunaan dana awam atau kerajaan sebagaimana tohmah dan tuduhan yang kita dengar selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Anggota Parlimen Langkawi itu berkata sebagaimana telah dimuktamadkan PAC, pihak lain juga perlu memuktamadkan isu itu dan melangkah ke hadapan serta menumpu segala tenaga dan masa kepada pembangunan ekonomi dan negara. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]