pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nazri: Apa Salahnya Simpan Wang Di Luar Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Mempunyai wang di luar negara bukanlah tindakan yang salah di sisi undang-undang, kata Datuk Seri Nazri Aziz. “Apa pula ah...
SHAH ALAM: Mempunyai wang di luar negara bukanlah tindakan yang salah di sisi undang-undang, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
“Apa pula ahli perniagaan simpan duit luar negeri boleh, ahli politik tak boleh? Mana boleh ada dua jenis undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas pendedahan dokumen daripada penyedia perkhidmatan korporat Mossack Fonseca yang memperincikan maklumat 214,000 syarikat luar pesisir, termasuk identiti pemegang saham dan pengarah masing-masing, yang terdiri daripada kalangan mereka yang berada dalam kerajaan, atau ahli keluarga dan rakan taulan yang berkaitan, daripada 40 negara termasuk Malaysia.
Dinamakan sebagai Panama Papers, dokumen bocor itu menamakan Mohd Nazifuddin Mohd Najib sebagai pengarah Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited, di Kepulauan Virgin British.
Memetik Konsortioum Wartawan Penyiasat Antarabangsa (ICIJ), Nazifuddin berkata PCJ International Venture digunakan untuk perniagaan antarabangsa tetapi tiada transaksi niaga, dan ia telah ditutup. Manakala dalam hal Jay Marriot International pula, saham miliknya telah dijual dan beliau telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 2011.
“Saya pun ada akaun bank di luar negara,” kata bekas menteri undang-undang itu, mengakui mempunyai simpanan di United Kingdom; “Tapi dalam 5,000 pound sterling sahaja.”
Meskipun rakyat Malaysia boleh menyimpan harta di luar negara, Nazri berkata sekiranya Panama Papers membawa kepada pembongkaran salahlaku, maka ia haruslah disiasat.
“Hanya jika mereka melanggar undang-undang baru salah. Jika tidak itu hak mereka,”
Sementara itu, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan kenyataan Nazri dan berkata terpulang pada kerajaan samada mahu mengambil tindakan keatas sesuatu yang bukan satu kesalahan.
“Saya fikir, kita serahkan kepada ketelusan dan pentadbiran baik pihak kerajaan,” ujarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top