PAIP: "Gangguan Bekalan Air" Di Kuantan Hari Ini


KUANTAN: Beberapa kawasan sekitar daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air hari ini, ekoran kerja penyambungan pengalihan paip sambungan ke Indera Mahkota (IM) 15.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan media di sini hari ini, berkata gangguan bekalan air yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang itu melibatkan 7,000 akaun pengguna.

"Kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Astana Golf, Bukit Istana, Kota SAS, Taman Alam Perdana, Taman Alam Damai, IM13, IM14, IM15 serta Kampung Padang, Taman Impian, Kolej Profesional Mara, Bukit Kuin, Bukit Bakong dan kawasan sekitar," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, PAIP menasihatkan orang ramai untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 09-5739999 untuk pertanyaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]