pahangdaily pahangdaily Author
Title: Parlimen Tak Boleh Campur Kes Penahanan Rafizi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Majlis Parlimen tidak boleh mencampuri urusan penahanan a...

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Majlis Parlimen tidak boleh mencampuri urusan penahanan anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana kuasa polis untuk mengambil tindakan itu diperuntukkan di bawah undang-undang yang digubal Parlimen. 

Beliau berkata penahanan Rafizi adalah di bawah bidang kuasa polis ia itumengikut Seksyen 18 Akta Rahsia Rasmi 1972.  

Pandikar Amin menyatakan demikian dalam notis bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini, Khamis.  Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan kira-kira 6.20 petang Selasa lepas sejurus keluar dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).  

Beberapa anggota Parlimen pembangkang pada Rabu mempertikaikan penahanan Rafizi yang mereka dakwa tidak menghormati institusi Parlimen kerana berlaku ketika Dewan Rakyat sedang bersidang dan mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat campurtangan berhubung penahanan itu. 

Seksyen 8 Akta itu menyebut "Jika seseorang didapati melakukan kesalahan dibawah Akta ini atau secara munasabah disyaki telah melakukan, atau cubamelakukan, atau akan melakukan, kesalahan itu, dia boleh ditahan tanpa warantangkap". 

Pandikar Amin berkata Rafizi difahamkan ditahan polis apabila beliau keluardari pintu utama Parlimen dan penahanan itu bagi maksud menjalankan siasatan terhadapnya bagi mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.  

"Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa secara eksklusif untuk mentadbir perjalanan dan pengurusan Dewan Rakyat.  

"Ini termasuklah hal-hal keselamatan ahli-ahli Parlimen dan mana-mana orangyang berada di dalam Parlimen dan kawasan sekitarnya dan perjalanan kuasa dan perlindungan yang diberikan kepada ahli Parlimen berserta keistimewaan di bawah undang-undang yang terpakai," katanya. 

Menyentuh sama ada penahanan itu melanggar kuasa dan keistimewaan anggotaParlimen, Pandikar Amin berkata kuasa itu tidak mutlak dan masih tertakluk kepada undang-undang lain yang sedia ada.  

Namun demikian, Pandikar Amin berkata makluman mengenai penahanan tersebutsewajarnya dikemukakan kepada beliau selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi membolehkan perkara tersebut dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat.  

Tambahan pula, katanya, penahanan itu dibuat di luar perkarangan Parlimenyang jelas berhampiran dengan Dewan Rakyat yang sedang bersidang. 

"Ini selaras dengan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak polis melaluiusul di bawah Mesyuarat 1 (e) untuk memastikan keselamatan dan keharmonian Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top