pahangdaily pahangdaily Author
Title: Himpunan Bantah GST: Tun Mahathir Turut Hadir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Ribuan penunjuk perasaan berhimpun dekat Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

KUALA LUMPUR: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun dekat Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada petang Sabtu.

Terdahulu, mereka bergerak secara berkumpulan dari Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu berarak membawa sepanduk ke Dataran Merdeka.

Sebahagian besar penunjuk perasaan terdiri daripada anggota Parti Amanah Negara (Amanah) dan kumpulan Otai Reformasi.

Pihak berkuasa kemudiannya mengadakan sekatan di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Perak dekat Dataran Merdeka pada kira-kira pukul 3 petang.

Lebih kurang pukul 5.10 petang, kelihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Dataran.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan ini.

"Sebelum ini, Malaysia berada dalam keadaan cukup baik di mana rakyat mempunyai kerja dan pendapatan yang munasabah.

"Saya pernah rayu kepada Najib untuk laksana GST, tetapi Najib tetap mahu duit dari rakyat," ucapnya.

Tun Mahathir juga meminta orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat.

"Tolong tandatangan Deklarasi Rakyat supaya kita dapat salurkan rintihan yang dialami kepada (Majlis) Raja-Raja Melayu.

"Walaupun tiada dalam Perlembagaan tetapi raja akan dengar suara rakyat, tanpa rakyat tiadalah raja. Sebab itu sokongan dan rintihan rakyat harus didengari". #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top