pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelajar UMK Jatuh Gaung Ketika Sedang "Selfie" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Gara-gara mahu merakam gambar selfie, lima pelajar sebuah universiti terjatuh ke dalam gaung se dalam 24 meter di puncak ...
PETALING JAYA: Gara-gara mahu merakam gambar selfie, lima pelajar sebuah universiti terjatuh ke dalam gaung se dalam 24 meter di puncak Bukit Keluang, di Kuala Besut.
Bagaimanapun kelima-lima mereka berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut tanpa sebarang cedera parah dalam kejadian yang berlaku semalam.
Menurut laporan, kelima-lima mereka adalah pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang sedang melakukan aktiviti mendaki bersama 20 pelajar lain berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar ‘selfie’ tetapi akhirnya tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zaini Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari, dan lima anggota dari balai bomba Kampung Raja bergegas ke tempat kejadian.
“Sehingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar.
“Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di halaman Facebook jabatan itu pada Rabu.
Akhir-akhir ini, kemalangan membabitkan ‘selfie’ semakin meningkat, dengan 27 orang maut akibat insiden seumpama itu di seluruh dunia tahun lalu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top