pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelajar UMP, Rangkul Hadiah Utama i-FINOG 2016
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Penyelidikan tranformasi cengkerang untuk mempercepatkan pertumbuhan semula tulang membawa tuah kepada pelajar tahun akhir Ij...

KUANTAN: Penyelidikan tranformasi cengkerang untuk mempercepatkan pertumbuhan semula tulang membawa tuah kepada pelajar tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Kimia Universiti Malaysia Pahang (UMP) apabila merangkul hadiah utama International Festival Innovation On Green Technology (i-FINOG 2016).

Muhammad Hazim Aiman Zainal Abiddin yang mempertaruhkan hasil penyelidikan bertajuk Waste of Health: Transformation of Cockle Shell Into Hydroxyapatite for Bone Regeneration berjaya mengetepikan 200 peserta lain di Kompleks Sukan UMP Gambang.



Tempat kedua dimenangi pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Nuramirah Mohd Khair melalui penyelidikan Real Solder.

Manakala pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Mentakab, J Darshana merangkul tempat ketiga dengan peneyelidikan bertajuk An Innovatively Design CalorimetreWith Waste Materials.



Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Professor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, i-FINOG 2016 merupakan landasan mencungkil bakat pelajar dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta mempertingkatkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang melalui penghasilan produk teknologi  hijau.



Menurutnya, UMP buat julung kali menganjurkan pertandingan tersebut dengan 17 penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah, 32 pelajar sekolah menengah, 85 pelajar UMP dan 36 IPT lain.



“Lebih menarik pertandingan kali ini turut disertai 13 penyertaan dari luar negara termasuk Korea dan Indonesia.



“Usaha ini dapat menzahirkan graduan holistik yang relevan dengan keperluan masyarakat ydengan membudayakan teknologi dan keusahawanan melalui ekosistem universiti  dinamik selaras Pelan Strategik UMP 2016-2020,” katanya.

Perasmian penutup festival disempurnakan Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top