pahangdaily pahangdaily Author
Title: PEKA: Pembalakan Di Hulu Tembeling Silap Besar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JERANTUT:  Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) mendakwa pembalakan di Ulu Tembeling adalah satu kesilapan besar. Presiden...

JERANTUT: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) mendakwa pembalakan di Ulu Tembeling adalah satu kesilapan besar. Presiden PEKA Pahang, Khaidir Ahmad (foto) dalam satu kenyataan menegaskan jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Kuantan sebagai satu kesilapan.



Maka PEKA Pahang berpendapat, pembalakan berskala besar dan penggondolan hutan bagi tujuan perladangan di kawasan hutan tadahan air semulajadi di Ulu Tembeling juga satu kesilapan besar.



"Umumnya, pencemaran bauksit cuma memberi kesan secara langsung kepada penduduk di Daerah Kuantan, tetapi pembalakan hutan tadahan air semulajadi di Ulu Tembeling yang menjejaskan anak-anak sungai serta Sungai Tembeling dan Sungai Pahang telah memberi kesan kepada lebih ramai rakyat, khususnya yang tinggal di sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dari Daerah Jerantut hinggalah ke Pekan", katanya



Justeru, PEKA Pahang mendesak Kerajaan Negeri Pahang supaya menghentikan segera pembalakan dan penerokaan hutan di kawasan berkenaan. PEKA Pahang juga menggesa Kerajaan Negeri Pahang menjalankan segera pemetaan semula dan mewartakan kawasan2-kawasan tadahan air semulajadi bagi lima sungai utama iaitu Sungai Jelai, Sungai Tembeling, Sungai Pahang, Sungai Rompin dan Sungai Kuantan serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah bagi loji bekalan air PAIP yang disalurkan kepada penduduk di seluruh negeri Pahang, seperti yang disarankan oleh pakar-pakar  kualiti air negara. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Pencolekhangek said... Sunday, May 01, 2016 8:09:00 AM

Apa pulak satu kesilapan? Itu memang jalan yang betul untuk untuk menuju kepada kehancuran dan satu kemusnahan. Walau pun ada PM berasal dari sana namun Melaka dan Penang lagi maju. Satu bukti kukuh ahli-ahli politik mereka yang berkuasa tidak boleh dipercayai langsung!! Macam pasukan bola juga. Kalau pemain malas dan asyik nak mentedaghah percuma dapat jurulatih hebat pun tak berkesan inikan pula dapat jurulatih macam (#!&@!.

 
Top