Pencemaran Bauksit, PM Akui Kerajaan "Tersilap"


KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini mengakui “kesilapannya” dengan membenarkan aktiviti perlombongan bauksit secara berleluasa di Pahang, namun berjanji untuk membetulkannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited meneruskan kelestarian di Malaysia, dan memastikan garis panduan diutamakan terlebih dahulu sebelum membatalkan moratorium perlombongan bauksit di Kuantan.
“Sudah tentu kadang kala kita ada buat silap, contohnya pencemaran bauksit di negeri Pantai Timur.
“Namun kita sedang mengambil langkah menanganinya; kita baru sahaja melanjutkan tempoh larangan lagi tiga bulan, dan kita akan pastikan garis panduan yang ketat perlu dipatuhi sebelum membatalkannya,” katanya semasa ucaptama Invest Malaysia di sini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar minggu lalu mengumumkan lanjutan tempoh moratorium lagi tiga bulan bermula Jumaat ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]