pahangdaily pahangdaily Author
Title: Liow: "Rayani Air", Akan Di Gantung Sementara !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan notis penggantungan sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air p...

PETALING JAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan notis penggantungan sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air pada Isnin, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam akaun Twitternya pada Ahad, beliau berkata Rayani Air telah melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam Sijil Pengendali Udara (AOC).

Beliau juga berkata bahawa audit penuh keselamatan dan pentadbiran akan dilakukan ke atas syarikat penerbangan tersebut.
"DCA akan melaksanakan audit penuh keselamatan dan pentadbiran untuk menentukan sama Rayani adalah 'sesuai' untuk AOC selepas menjalani penggantungan sementara," katanya.

Tiong Lai berkata beliau kecewa dengan tahap perkhidmatan dan prosedur buruk syarikat penerbangan itu walaupun telah diberi amaran oleh Kementerian Pengangkutan dan DCA.

Rayani Air adalah syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia.

Pada Sabtu, syarikat penerbangan itu mengumumkan pemberhentian operasi berkuat kuasa serta merta sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula syarikat.

Penggantungan itu dibuat berikutan mogok oleh juruterbang pada Jumaat yang telah memaksa syarikat penerbangan itu membatalkan beberapa penerbangan.

Sebagai tindak balas, Tiong Lai berkata: "Rayani tidak boleh membuat penggantungan sendiri, hanya DCA boleh menggantungnya."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari JPJ ke-70 di sini pagi Ahad.

Menteri Pengangkutan berkata DCA boleh membatalkan lesen Rayani Air tetapi syarikat penerbangan itu akan diberikan 'peluang untuk memberi penjelasan'. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top