pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pentas Foto Runtuh, Rakyat Malaysia Tak Terlibat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian runtuhan pentas bertingkat ketika sesi fotografi sempena majlis konvokes...

PETALING JAYA: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian runtuhan pentas bertingkat ketika sesi fotografi sempena majlis konvokesyen di sebuah universiti di Baghdad, Iraq baru-baru ini.
Sumber Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, siasatan mendapati kejadian itu melibatkan graduan Sekolah Farmasi Universiti Baghdad.
"Seramai 10 penuntut cedera dalam kejadian yang berlaku semasa sesi fotografi itu.
"Bagaimanapun, tiada pelajar Malaysia terlibat," katanya.


Sumber itu menambah, pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan hanya didiami warga Malaysia yang bekerja dengan Petronas di negara itu.
Insiden yang berlaku pada 26 Mac lalu itu, sekumpulan graduan berhadapan saat mencemaskan apabila pentas bertingkat yang dibina untuk merakamkan kenangan sempena majlis konvokesyen tiba-tiba runtuh.
Ketika kejadian, tenaga pengajar universiti serta ahli keluarga penuntut yang berada berdekatan turut terkejut apabila binaan itu roboh. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top