pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penyu Mati Di Kuantan, Kerana Tumpahan Minyak
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Jabatan Perikanan Negeri Pahang tidak menolak kemungkinan kesan tumpahan minyak di perairan Kuantan baru-baru ini menjadi punc...

KUANTAN:  Jabatan Perikanan Negeri Pahang tidak menolak kemungkinan kesan tumpahan minyak di perairan Kuantan baru-baru ini menjadi punca kematian penyu di kawasan Sungai Ular, kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain berkata, penyu yang mati adalah spesies penyu agar dan anggaran usia penyu dalam lingkungan lapan tahun.

“Kawasan perairan Cherating dan Sungai Ular merupakan kawasan di mana penyu sering ditemui di negeri ini.

“Jabatan Perikanan mengingatkan nelayan ataupun orang awam supaya membantu menyelamatkan penyu yang terjejas akibat tumpahan minyak,” katanya.

Adnan berkata, sekiranya penyu yang ditemui tercedera dan masih hidup, mereka boleh menyerahkan haiwan terbabit ke pejabat Perikanan yang berhampiran. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top