Perintah Berkurung Di Lanjutkan Hingga 17 April !


KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 17 April, berkuat kuasa mulai Sabtu, dari pukul 7 malam hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun. 
Abdul Rashid berkata, perintah berkurung berkenaan membabitkan jarak tiga batu nautika dari kawasan pantai daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
"Dengan berkuat kuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu yang dinyatakan," katanya dalam kenyataan di sini. 
Beliau berkata, langkah meneruskan perintah berkurung berkenaan adalah bagi memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh oleh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau peranginan di kawasan berkenaan.
Abdul Rashid berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan dari selatan Filipina yang menjalankan aktiviti penculikan untuk mendapatkan wang tebusan serta kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Esszone untuk melakukan jenayah rentas sempadan yang lain.
Katanya, selain untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah, perintah berkurung berkenaan juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan. 
Menurutnya, pihaknya juga telah menurunkan kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan perintah berkurung berkenaan untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak. #sumber

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Zon selamat yg dilaksanakan belum benar2 selamat?menteri dalam negeri kena tambah anggota keselamatan dan aset.penculikan masih tetap berlaku.penculik tak takut anggota keselamatan kita.ini yg perlu lebih di fikirkan menteri.jangan dok fikir nak swastakan kawalan sempadan je.

Anonymous said...

Kalau swastakan kawalan sempadan adakah pekerja bangladesh akan diambil?.keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah perkara paling penting.

QalamQabut said...

Aku cadangkan Nazri Pelacugan ganti jadi Menteri Pertahanan, sahih selamat sepertimana yg dia doa2kan.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]