pahangdaily pahangdaily Author
Title: PMO: "Laporan WSJ" Ke Atas Najib Adalah Palsu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Dakwaan The Wall Street Journal yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima dana daripada...

KUALA LUMPUR: Dakwaan The Wall Street Journal yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah palsu. 

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata Najib secara konsisten menyatakan dana itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi. 

"Selepas siasatan menyeluruh, ini telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa. 

Terbaru, Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan ia adalah sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, dan negara itu sudah menganggap isu berkenaan selesai.

"Ini adalah pembohongan yang gagal digunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggugat kerajaan yang dipilih secara demokrasi,"katanya dalam kenyataan di sini Selasa malam.

Tengku Sharifuddin berkata Dr Mahathir mahu menyelamatkan karier politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengatasi kepentingan nasional. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top