Polis Larang Dr Zakir Terlibat Forum Pada 17 April


PETALING JAYA: Polis tidak membenarkan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik untuk terlibat dalam forum anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak membenarkan forum berkenaan diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.
"@PDRMsia memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia," katanya di Twitter pada Isnin.
Forum 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan Antara Hindu dan Islam) dijadualkan diadakan di UTeM pada 17 April ini.

Kehadiran Dr Zakir di Malaysia menimbulkan kurang senang banyak pihak, dengan Pemuda MIC dilaporkan membuat beberapa laporan polis terhadapnya.
Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) juga meminta kerajaan supaya melarang pendakwah itu daripada memasuki negara ini.
Dr Zakir yang merupakan Presiden Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) memulakan siri dakwahnya di Terengganu pada minggu lalu, dengan jemputan daripada kerajaan negeri.
Beliau dijadualkan terlibat dalam forum "Is the Quran God's Word" di stadium hoki di Bukit Jalil pada 16 April ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]