[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Polis Tahan Lelaki Hina Islam Di Laman Facebook


IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini, Khamis.
Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag 'pouch' biru daripada suspek.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis malam.
Pada Selasa lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]