pahangdaily pahangdaily Author
Title: PRN: PAS Letak 11 Calon Termasuk Bukan Islam !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Buat julung kalinya, PAS akan meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11. Setiausaha P...
PETALING JAYA: Buat julung kalinya, PAS akan meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.
Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili akui ia usaha pihaknya untuk bertapak dalam politik Sarawak. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon itu.
“Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan esok malam di Bintulu,” katanya lapor Bernama.
Calon-calon PAS dikatakan daripada pelbagai latar belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.
“Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami dipanggil “Untukmu Sarawak” yang telah dilaksanakan pada 2014 dan berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang,” katanya lagi.
PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.
Sebelum ini, pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS hanya bertanding di lima kawasan iaitu Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.
Ketika ditanya tentang cadangan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding, Mukhtar menyifatkan percubaan itu tidak akan menjejaskan parti Barisan Nasional (BN) bahkan meningkatkan peluang mereka untuk menang.
Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dipetik sebagai berkata bahawa parti itu akan bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya negeri.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka dibubarkan pada 11 April ini bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top