pahangdaily pahangdaily Author
Title: PRN Sarawak, AMANAH Sedia Untuk Lawan PAS !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pi...

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub ketika membuat pengumuman itu berkata parti itu telahpun memuktamadkan nama calon-calon yang akan bertanding.

"Pada mesyuarat bulanan parti hari ini, kami memutuskan untuk bertanding 13 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi kami belum dapat memberitahu kerusi-kerusi tersebut tetapi ia meliputi kerusi di kawasan luar bandar dan bandar.

"Senarai nama calon akan diumumkan tidak lama lagi tetapi saya dapat mengesahkan hari ini bahawa semua calon ialah anak tempatan," kata beliau pada sidang media di sini, Ahad.

Salahuddin berkata Amanah akan bertanding menentang PAS jika parti itu meletakkan calonnya.

"Kami tidak mahu menentang PAS tetapi jika parti itu meletakkan calonnya, kami tidak mempunyai pilihan," kata beliau.
 #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top