pahangdaily pahangdaily Author
Title: PRN Sarawak: PKR Kini Tiada Kaitan Dengan PAS
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menolak sebarang perbincangan dengan PAS berhubung isu pengagihan kerusi menjelang ...

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menolak sebarang perbincangan dengan PAS berhubung isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 tidak lama lagi.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, penyertaan PAS dalam PRN kali ini tidak menjadi pertimbangan parti itu kerana mereka bukan sebahagian daripada pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"PAS tiada kaitan dengan kami. Di mana PAS mahu bertanding, itu hak mereka. PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Sebelum ini, laporan mengatakan kesediaan PAS berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi PRN Sarawak akan datang.

Malah Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan PKR dan DAP.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 6 April lalu mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sementara itu, Baru yang juga penyandang kerusi DUN Ba'kelalan berkata, PKR sedang mengintai untuk bertanding di sekurang-kurangnya 40 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

"Isu agihan kerusi belum selesai...belum muktamad. Perbincangan antara PKR, DAP dan Amanah masih berjalan.

"Namun PKR berharap dapat meletakkan calon di 40 kawasan. Selebihnya terpulang kepada DAP dan Amanah," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top